Baju biru berkumpul baju lain tengok-tengok sahaja... Mengalu-alukan penggabungan seluruh tentera biru Chelsea untuk memeriahkan kegamatan ini. Walau di ceruk Malaysia mana Anda berada, Anda semua adalah Tentera Biru Chelsea di sini. Selamat Datang. Jadilah Follower yang Serba BIRU semangatnya

Labels

act (3) banner (1) BPL preview (1) event (1) history (1) In Memories (1) jersey (1) kuiz bodoh (1) newz (3) Update GAME (2) Weehoooo (3)

Thursday, February 3, 2011

LuiZ David - VivaLaBlug



  Nama saya David Luiz. Panggil saya Luiz. Bukan David Copperfield atau David Arumugam. Dulu, saya main Benfica.. main untuk kampung main Brazil. Saya sekarang dah jadi CHELSEA boy. Tak nak pakai warna Merah lagi. Kawan saya Ramires dengan Alex Costa sama kampung. Lepas ni... ada lah kawan nak balik raya. Tak lah rindu sangat....kan.. Jangan lupa saksikan saya. Lagi sekali......
Nama Saya Daivid Luiz. Bukan.... David Arumugam.
 ": Salah satu kerumitan pembelian pemain oleh CHelsea adalah kerakyatan. Saya tidak mempersoalkan kerakyatannya. Cuma, apabila ada pertembungan kejohanan melibatkan  kelolaan FIFA. Berbondong-bondong 1st Eleven player Chelsea yang pulang serentak untuk mewakili negara. Kadang-kadang pening jugak...

BRAZIL : Ramires, Alex Costa, DAvid Luiz
PORTUGAL : Fereira, Bonsingwa, Hilario, (last season DECO & Ricardo Carlvalho)
IVORY COAST: Drogba, Kalou
FRANCE : Anelka, Malouda,
MALAYSIA: Nasib baik Aku sorang
.........................................................................lalalalallala...ahaks..3x


* Tiba-tiba aku ingat Ruud Gullit ngan Zach Dela Rocha ...
Aku nakbuat rambut macam ni.. apa nak jadi-jadilah.
Bullet in Your Head...Warghhhhhhhhhhhh...




9 + 10 = Wahahahahaha

Ahha... Carian terbanyak Encik Google sejak 3 hari lepas. Torres menduduki tempat ketiga selepas perkataan Egypt Protester dan Hosni Mubarak.

Kaedah Matematiknya.
9+10 = Chelsea - Liverpool (wat2do)
9,10,11 = Makin banyak Gol Drogba
9-(5+15) =  Torres buat Vidic & Ferdinand biru-biru muka.

Selamat Datang untuk Torres ko memang sajer jer... nak cut budget aku bulan ni. Nak pindah cakaplah awal-awal, boleh simpan duit nombor. Dah....... nak kena tampal nombor jersey baru plak... 5 tahun setengah kontrak yer...

JERSEY 2011

Dari Kiri : Home/Official Jersey, 2nd Jersey, 3rd Jersey

Sila dapatkan Sepuluh untuk mak saudara, anak buah, makcik, jiran tetangga dan rakan-rakan. 
Tapi pastikan mereka bertukar kelab untuk menyokong Chelsea. 

hARI jADI aNIZ DI musim sEJUK

Aniz sedang bertafakur sebelum melakukan Sepak mula. 
Kek Aniz dalam posisi paling Sexy.


Encik MisTar dan Encik Minoel dalam acara debat.
 Jersey Biru atau Jersey Hitam. Mana lebih cantik.
Peserta Acara Makan Singa. Saya di belakang sekali... bukan sebelah sana...sebelah sini.
Turut kelihatan Nescafe O panas saya.
Aniz sedang memeriksa bahagian ekor Singa menggunakan senjata Kedai kek. 
Encik Sito sedang menguji pandang susunan nikotin Encik LAmfard ElFrad sebelum memulakan serangan.
Kek Perasa DROGba... tambah $50 untuk perasa Kalou juga.. ahhha...
KFC rokok dan Orang gila.
Malam itu adalah sepak mula The Most Waiting Game Ever.
Antara Chelsea dan ManUnited (arghhh..geli) yang sepatutnya menjadi SUPER SUNDAY BPL seperti biasa.
Dalam makna lain, acara NOBAR Khulafah Bridge pasti lebih ganas jeritannya dan
lebih banyak Nesafe O dalam bil mamak saya.

Pengumuman 12 jam terakhir secara tidak langsung dari LONDON membayangkan perlawanan ini bakal tertunda ke satu tarikh lain kerana salji tebal. Kalau kat LONDON dulu.. lebih baik duduk depan chimney atau heater sambil kunyah kacang tengok Sesame Street kalau dah bersalji macam ni.

Kami, sudah menjangkakan Pembatalan ini lebih awal menurut jangkaan pelayar FACEBooKer' dan update dari website rasmi. Namun atas semangat keCHELSEAan, Saudari ANIZ sejak awal bersiap sedia..dengan KEK Custom Singa Jantan perisa Drogbanya Skuad MBA tetap turun juga ke Khulafah Bridge malam itu.
Kaum Kerabat MBA meraikan hari jadi ke-18 beliau..ahaks tanpa hadiah.
Kami hadiahkan doa Selamat Panjang Umur dan dicepatkan jodoh secara berjemaah.  

Gambar-gambar sebahagian dari Skuad MBA yang masih setia setelah 6000 MBA yang lain pulang hampa.
GAME BATAL" tapi... ada ulangan game lama Chelsea Vs ManU. Menang jugak... wakakakakka... Janji Menang.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...