Baju biru berkumpul baju lain tengok-tengok sahaja... Mengalu-alukan penggabungan seluruh tentera biru Chelsea untuk memeriahkan kegamatan ini. Walau di ceruk Malaysia mana Anda berada, Anda semua adalah Tentera Biru Chelsea di sini. Selamat Datang. Jadilah Follower yang Serba BIRU semangatnya

Labels

act (3) banner (1) BPL preview (1) event (1) history (1) In Memories (1) jersey (1) kuiz bodoh (1) newz (3) Update GAME (2) Weehoooo (3)

Sunday, March 20, 2011

Khulafa Bergegar 47 skala richter :: Chelsea 2 - Manchester City 0

     Melimpahi segenap muatan atas Khulafah Bridge sejak jam 9 malam. MBA menggamatkan suasana Khulafa  dan Seksyen 7 Shah Alam dengan kehadiran hampir 100 individu berbaju biru malam tadi (kita campur baju mamak sekali). Gabungan antara MBA Shah Alam dan Kuala Lumpur membirukan slot Astro Superspot Bola@mamak yang melakukan temuramah kali kedua bersama MBA kerana masalah audio tempoh hari.

Apa yang berlaku dan suasananya? Kita himpunkan sahaja dalam gambar-gambar yang bakal memenuhi blog dan ruang FB masing-masing untuk sehari dua ini. Kepada semua photographer Chelsea malam semalam. Anda diminta menyumbangkan koleksi gambar masing-masing berserta nama untuk kredit ke alamat blog bagi kita kongsikan sama.

Memang superb. Memang bergegar. Suara paling biru di jam 2 pagi...mengejutkan mimpi pasukan lain. Siap hon dan lagu latar lagi.

Gol yang paling dinanti dari Luiz dan Ramires. Citarasa Brazil paling ummphhh..untuk menjerit. 47 skala richter Khulafa Bridge membersihkan hingar bingar lain selama 95minit, kedua-dua scorer yang dapat yellow kad.

Kita BAKO jer...
Kalau kena angkut...... Chelsea satu balai. Ahaks.

KTBFH

Thursday, March 10, 2011

MESEJ-Wajib Jalan

Salam,
Dengan sukacitanya pihak MBA menyeru warga BLUES ARMY yang bersama di sini dapat berkongsi laluan dan pautan di mana-mana laman sosial anda.

Sila "Share" pautan blog ini di Facebook atau Tweeter Tuan/Puan/Cik/Abang/Adik & Kakak semua untuk memastikan setiap update terkini tidak terlepas dari pengetahun anda semua.
Senang cerita.... SHARE jerlah... click tepi tu.

BLOG dan kemaskini sedang berlangsung dengan hebatnya setiap hujung minggu.
Lain-lain hari...kurang masa-masa lapangnya.
KTBFFH
Salam
 

Tuesday, March 8, 2011

MBA bersama Bola@Mamak - ASTRO SUPER SPORT

Mr Anand da' Orange-man individu pertama yang dirakam kamera MBA.


Bertempat di Khulafah Bridge  Seksyen 7, Shah Alam : 7 Mac 2011. MBA bersama crew Bola@mamak bertemubual dan berkongsi ke"CHELSEA"an (kita guna imbuhan kata kerja ini untuk posting seterusnya selepas ini) kami untuk slot 5 minit siaran ASTRO SUPERSPORT. Bersama the front men, Mr Anand da'Orange' selaku penyokong tegar LIVERPOOL kami berbual tentang SUAREZ, kaki koyak NANI dan tiga gol KUYT yang berlangsung semalamnya.  Ceritanya panjang, MBA rumuskan sahaja dalam gambar-gambar di bawah dan selebihnya masih dikamera kami. Temuramah paling lawak yang lebih mendebarkan berbanding Final FA Portsmouth tahun lepas. Tengok jangan tak tengok.
Kita tunggu arahan Puan produser untuk set-up dan mula.
Saudara Jeff sedang menerangkan kebolehan DVDnya dipancarkan ke screen HD rumahnya.
Saudara Minoel (kiri) sedang tekun melakukan strategi susunan. Cepat Noel.....cepat.... 
"Yang mana....bukan awak beli...dan Yang mana awak tak beli..?"
"Erk...!!"
Kebolehan bergambar, memang kami Champion.
Cuma satu jersi yang tamat tajaan. Nasib baik tak sempat balik ambil SAMSUNG MOBILE Double Treble.
Dari kiri ke kanan...kami biru. Jeff seorang jer White Army. Ahaks...
Ady Tapai melakukan Pose selesai Temuduga. Ady....ini temuramah OK, bukan temuduga.
Encik cameramen melakukan footage crop product terpilih MBA.
Original...Ok, Lagi sekali sebut.... Original OK.
Orange men dan Encik Cameramen yang mengkucar-kacirkan bahagian atas Khulafah Bridge.
Cemas aweks seksyen 7 tengok Astro datang melawat. 
JeFF lagi... ulang sendiri caption gambar di atas lagi sekali.
Saudara Zaki yang mendapat tajaan Cakaran ADIDAS sehari sebelumnya. Sila rujuk Zaki untuk keterangan lanjut. 
Dua paling kanan bukan MBA. 

Sunday, February 27, 2011

Da' True BLUEs BLOOD

Bakal Berkibar kepada pembawa semangatnya....
Ayoooh................
Himpunan mengumpulkan sebanyak mungkin banner ini untuk diterbangkan ke segenap pelusuk Malaysia.
Banner ini akan berkibar di seluruh Malaysia bersama da'BluesBlood.
Mencari wakil BORNEO pertama... untuk menerima perlantikan khas bagi mengumpulkan da'Blues Blood.
Hubungi Admin.

Thursday, February 10, 2011

ChelsEa MeruVille

Pemuda berdua ini jarang pernah gagal berada di dalam petak kamera saya.
Jadilah seperti mereka juga... ahaks.
Encik Minoel wakil Meru dan Encik Muzaffar wakil kawasan Kg Pinang Sebatang.

Lupa Plak

Cik NurRoslan sedang tekun membalas message Essien beberapa minit
waktu rehat separuh masa. 
Lupa plak Game mana satu . Waktu mula-mula kita gantung banner ni...
Masa ni Pakcik Zhirkov pown datang....
Ada sesiapa yang ingat dan teringat..
Tolong bagi tahu yer..

Aku dah semakin tua.. 

Still Got Loving Blues


Hilang sedih... Aku tulislah.. :(
Memang sedihlah kan... Uhuks..3x

Wednesday, February 9, 2011

Next Game 14 Febuari 2011

Update Chelsea vs FULHAM di Hari Valentine.
The Blues berharap.. agar kawasan tengah dan defence jangan bercinta sangat macam selalu.
Adoi....!! Pedih jiwa raga mengenangnya.

Kepada semua MBA serantau.
Sila Update kedatangan dan tempahan kerusi meja kita di FB secepat mungkin.
Seperti selalu...Selamat membasuh Jersey Biru untuk Hari Kasih Sayang yang memang kita tak sambut ni.

Hari-hari pun berkasih sayang..ahaks..
Apahal mahu sambut..
Hari-hari pun sambut.

Kita mahu sorakan keras untuk Game Kental.
Penat sebut aaaaaaaaaaa....
Pastikan kehadiran Anda untuk jeritan GOL paling sensasi.
Ramalannya Saya update posting berikut.

* Malaysia pun dah jadi The Blues. Ahai.....
   2 Butir untuk Hong Kong. 

Tuesday, February 8, 2011

Mereka-Mereka Yang dirindui

Egoism Tahap tinggi..Tanpa kalah satu Game pun di HOME.
Memang Magic season masa tu.

Tahun lepas mata Ballack lebam masa lawan Man City.
Dah tak ada dah...orang keras kat tengah-tengah tu.

Lipas kudung paling laju kanan kiri...pernah ada.

Siapa ingat Gol Nombor 8 lawan WIGAN. Dah lupa...pergi tengok balik...
Tapi..back heel lawan ManU paling panas..ahaks..3x  

Super SUB Marshall sebab Scholari memang hampeh.

Kapten Peranchis paling keras..lagi keras dari Gallas.
Lagi hitam dari Malouda. Ahaks..

Ini yang Saya rindu... Senaraikanlah kerinduan Masing-masing...
Ada yang rindu Gary Neville..? Wooo...

Mana Satu Lampard..?

Cuba Teka... Mana satu Frank Lampard dan yang Mana satu Frank Lampard....? Wakakakkaka....

Pemenang dengan cogan kata terbaik bakal memenangi tiket ke Stamford Bridge untuk Musim Salji tahun depan.
Jawab...yer jangan tak Jawab.

Monday, February 7, 2011

Chelsea 0 Liverpool 1 (keputusan tak rasmi) PART 2







Punyer lah payah nak suruh korang beratur....
tapi lagi payah nak suruh mamak tu duduk.

Malam Selamat Datang untuk Torres. Seperti biasa....kalah menang kami tetap happy.
Riang ria depan kamera...
Tapi..seperti mana yang Saya tekankan pada malam itu... Perkumpulan kita
lebih kepada meraikan kekalahan ManU. Ahahaha...
2 Penalti tak kira..sian.. Nasib Chelsea sering dipermain-mainkan Mutu pengadilan
yang teruk. Pergi tengok replay semula baru datang komen. :(

Sunday, February 6, 2011

Chelsea 0 Liverpool 1 (keputusan tak rasmi) PART 1

Skuad sedang menyusun barisan
Wajah separuh masa kedua...muka hampagas sebab
diganggu mamak cashier bergerak. Nampak kamera jer... semua jadi
peserta AF... ahaks...


Ady Tapai dengan gaya rakus Peter Cech berdebat dengan Ivanovic.

Encik Mistar sedang mempromosikan simen balut Hospital Tapah
sebelum menyarung simen balut Hopital KangaQ'. Wakil OKU yang
masih mampu BIRU malam tadi.

Wajah-Wajah biru sebelum wisel mula.
Kelihatan kipas angin yang memang nak bagi kami panas malam tadi.
Saya protes Nescafe O tawar..

Cik Mariam sedang menyerap kuasa jersey away.
Mangsa terbungkam dihujung kanan. Elfa sudah ada jersey...
Ahaks.. Ahaks..
Ramires terpaksa dipapah ke tandas..patutlah Torres keluar awal.



SelamaT Pengantin Baru

Ikut Jam Saya dari kiri : Bunga, George Clooney, Shahrul, Pengantin Lelaki,
Pengantin Perempuan, Elfard Lamfard, Luke, Ika, Mariam, Nett, Ika, Tiang Bunga dan pasu bunga.

Atas: Hasil berhempas pulas dengan pelbagai strategi selama 6 hari setengah.
Inilah hasil fesyennya. Saya pakai baju Italy yer.. tak main lah baju Melayu. Ahaks...3x  

Cik Mariam sedang menceritakan detik-detik cemas beliau memarahi
traffic light bandar Melaka yang  sering merah-merah sahaja.
Kelihatan Saudara Lamfard sedang tekun melakukan Jamak Makan.
Nisa sedang memberikan tips rumahtangga bahagia kepada warga
Chelsea yang sibuk mencendolkan tekak. Rugi korang...kan...padan muka... kan
semua cendol aku yang punya. 
Di Melaka...bukan di Kedah.
Warga Serba Biru mengucapkan Selamat Pengantin baru untuk CIk Puan Nissa
yang selamat naik dan turun dari pelamin kelmarin dengan serba merah
dan bertumit tinggi. Kami sampai waktu kedua mempelai sedang
membelasah lauk pengantin (lauk dia orang ....ahaks...3x).

Satu hari yang serba sesak di tol Ayer Keroh dengan kereta
yang berjela-jela-jela-jela-jela panjangnya.
LUKE tersangkut di situ dua jam... ahaks..3x
Kami..tambah lagi 30km... untuk masuk ke Melaka dari
Pekan Jasin ke Merlimau sebelum ke Tengkera.
Makan tengah hari, cendol dan bermacam2
warna air di rumah Nisa. Selamat pengantin Baru.
Semoga berkekalan ke anak, cucu, cicit, piut, meot, muit, MUET, munyet..oopps..

Perjalanan pulang yang confuse mengapa persalinannya MErah..
hmmm...




Rombongan CHELSEA turut disertai Cik Mariam, Elfard Lamfard dan Cik Elfa punca.
Sajer..tulis hujung-hujung..sebab dia orang sampai hujung-hujung....ahaks...
Tahun Baru Cina jangan masuk MELAKA...baik pergi Kaherah. Tak sesak kereta.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...