Baju biru berkumpul baju lain tengok-tengok sahaja... Mengalu-alukan penggabungan seluruh tentera biru Chelsea untuk memeriahkan kegamatan ini. Walau di ceruk Malaysia mana Anda berada, Anda semua adalah Tentera Biru Chelsea di sini. Selamat Datang. Jadilah Follower yang Serba BIRU semangatnya

Labels

act (3) banner (1) BPL preview (1) event (1) history (1) In Memories (1) jersey (1) kuiz bodoh (1) newz (3) Update GAME (2) Weehoooo (3)

Sunday, February 6, 2011

SelamaT Pengantin Baru

Ikut Jam Saya dari kiri : Bunga, George Clooney, Shahrul, Pengantin Lelaki,
Pengantin Perempuan, Elfard Lamfard, Luke, Ika, Mariam, Nett, Ika, Tiang Bunga dan pasu bunga.

Atas: Hasil berhempas pulas dengan pelbagai strategi selama 6 hari setengah.
Inilah hasil fesyennya. Saya pakai baju Italy yer.. tak main lah baju Melayu. Ahaks...3x  

Cik Mariam sedang menceritakan detik-detik cemas beliau memarahi
traffic light bandar Melaka yang  sering merah-merah sahaja.
Kelihatan Saudara Lamfard sedang tekun melakukan Jamak Makan.
Nisa sedang memberikan tips rumahtangga bahagia kepada warga
Chelsea yang sibuk mencendolkan tekak. Rugi korang...kan...padan muka... kan
semua cendol aku yang punya. 
Di Melaka...bukan di Kedah.
Warga Serba Biru mengucapkan Selamat Pengantin baru untuk CIk Puan Nissa
yang selamat naik dan turun dari pelamin kelmarin dengan serba merah
dan bertumit tinggi. Kami sampai waktu kedua mempelai sedang
membelasah lauk pengantin (lauk dia orang ....ahaks...3x).

Satu hari yang serba sesak di tol Ayer Keroh dengan kereta
yang berjela-jela-jela-jela-jela panjangnya.
LUKE tersangkut di situ dua jam... ahaks..3x
Kami..tambah lagi 30km... untuk masuk ke Melaka dari
Pekan Jasin ke Merlimau sebelum ke Tengkera.
Makan tengah hari, cendol dan bermacam2
warna air di rumah Nisa. Selamat pengantin Baru.
Semoga berkekalan ke anak, cucu, cicit, piut, meot, muit, MUET, munyet..oopps..

Perjalanan pulang yang confuse mengapa persalinannya MErah..
hmmm...




Rombongan CHELSEA turut disertai Cik Mariam, Elfard Lamfard dan Cik Elfa punca.
Sajer..tulis hujung-hujung..sebab dia orang sampai hujung-hujung....ahaks...
Tahun Baru Cina jangan masuk MELAKA...baik pergi Kaherah. Tak sesak kereta.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...